Sunday, 16 October 2011

Jangan sabotaj calon pilihan BN



NAJIB (tengah) bersalaman dengan orang ramai pada majlis penutup Konvensyen BN 2011 peringkat Negeri Sembilan di Seremban semalam.


SEREMBAN – Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang, para pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) di semua peringkat diingatkan agar tidak mensabotaj calon pilihan BN, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, beliau mahu semua ahli dan pemimpin BN memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada calon yang terpilih bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya itu.

“Saya ingatkan sekali lagi, jangan sabotaj calon kita. Beri mereka (calon) sokongan yang padu.

“Kerja bersungguh-sungguh, buat aku janji di dalam hati masing-masing bagi memastikan parti kita menang pada PRU-13 akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Konvensyen BN 2011 peringkat Negeri Sembilan di sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel.

Ujar beliau, bekas wakil rakyat atau mereka yang disebut-sebut menjadi calon tetapi tidak dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya tersebut turut diingatkan agar tidak berbuat demikian.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment